LC Ticket

1957: Hati Malaya

RM0.00

DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN TIKET PERCUMA
Tarikh : 10 NOVEMBER 2023
Waktu : 8:30 PM
Tempat  : Ruang Eksperimental FiTA (REF), Kampus Puncak Perdana, UiTM

Out of stock

Category:

Hali (Rusdi Ramli), Salmi (Maya Karin), Rafik (Adlin Aman Ramlie), Ani (Sharifah Amani) dan Ang
Lee (Douglas Lim), mewakili generasi muda Malaysia yang datang dari latar belakang dan pemikiran
yang berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar 1957 – Hati Malaya.
Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami
perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai watak-watak dan peristiwa dengan
penuh emosi dan membawa mereka pada waktu semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut
kemerdekaan – rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi
bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap
negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar
“pengorbanan” dan “Merdeka”.

Filem memfokus kepada Datuk Onn Ja’afar, yang berjaya membangkitkan semangat
nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan British
pada tahun 1946 dan juga Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengatasi pelbagai rintangan
dan menjadi pengasas kepada kejayaan Parti Perikatan. Tunku menjadi Perdana Menteri
pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan halus dari British yang mahu
melambatkan kemerdekaan.

Walaupun mereka berdua tidak sehati, mereka tetap sejiwa.

Shopping Cart